TAMBANG KOMUTER NAIK 1 MEI

KTM Berhad (KTM) hari ini mengumumkan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan KTM Komuter dengan peningkatan sehingga RM7.10 berkuat kuasa 1 Mei. KTM dalam satu kenyataan berkata perbezaan kadar tambang sehala yang baharu berbanding tambang sedia ada adalah bergantung kepada jarak perjalanan daripada satu stesen ke stesen yang lain. Ia turut memaklumkan kadar baharu diskaun tiket […]

GUAN ENG DISAMAN

  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 2 April ini bagi pengurusan kes saman dua Ketua UMNO Bahagian Pulau Pinang dan sebuah syarikat pemaju hartanah, Maison Heights Sdn. Bhd. (Maison) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan empat lagi atas dakwaan memfitnah mereka berhubung dakwaan penjualan tanah orang Melayu di negeri itu. Kes saman itu […]

TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM NAIK – SYED HAMID

  Tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta merta manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus. Kenaikan tambang itu yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini dibuat berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan. Pengerusi SPAD […]

DUN KELANTAN LULUS RUU KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini. Kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan. Sejarah tercatat apabila kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) menyokong rang […]

PEMIMPIN GERAKAN PULAU PINANG LETAK JAWATAN

  Dua pemimpin utama Gerakan Pulau Pinang meletak jawatan namun masih mengekalkan keahlian dalam parti. Mereka ialah Ketua Wanita Gerakan negeri, Rowena Yam dan Ketua Biro Media Sosial negeri, Yeap Ban Choon. Rowena mengesahkan peletakan jawatan beliau namun enggan mengulas mengenainya. “Buat masa ini, saya masih ahli Gerakan,” katanya. Yeap pula memberitahu, surat peletakan jawatannya […]