MAHATHIR UCAP TAHNIAH PADA ZAHID

MAHATHIR UCAP TAHNIAH PADA ZAHID

  Tun Dr Mahathir Mohamad mengucap tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana terpilih menjadi Presiden UMNO baharu bagi penggal 2018/2021. Perdana Menteri berkata, kemenangan yang diperoleh beliau cukup besar. “Tahniahlah… Saya ucap tahniah kerana menang. Kemenangannya membuktikan bahawa beliau (Zahid) disayangi orang UMNO,” katanya yang ditemui selepas meninjau persiapan Pusat Khidmat Ahli […]

INILAH PROSES DEMOKRASI YANG DITUNTUT-ZAHID

INILAH PROSES DEMOKRASI YANG DITUNTUT-ZAHID

  Pemilihan UMNO secara terbuka kali ini membuktikan demokrasi sedang berkembang di dalam parti, kata Presiden UMNO yang baharu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau turut berkata pemilihan kali ini membuktikan ahli parti sedang bergerak bagi merakyatkan UMNO. “Inilah proses demokrasi yang dituntut oleh semua ahli, dan kita berjaya mengharunginya. “Ini bukan kemenangan individu […]

ZAHID DIUMUM PRESIDEN UMNO BAHARU

ZAHID DIUMUM PRESIDEN UMNO BAHARU

    Jawatankuasa Pemilihan UMNO mengesahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menang bagi merebut jawatan Presiden UMNO bagi penggal 2018-2021. Keputusan itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur lewat malam Sabtu. Sehingga jam 12 tengah malam tadi Ahmad Zahid menang dengan majoriti […]

KHAIRY TERIMA KEKALAHAN

KHAIRY TERIMA KEKALAHAN

  Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akur dengan kekalahannya dalam merebut jawatan Presiden UMNO. Melalui kenyataan di Twitter, Khairy turut mengucapkan tahniah kepada presiden yang baru, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Tengku Razaleigh yang menyertai sebagai negarawan. “Terima kasih kepada seluruh perwakilan UMNO kerana berjaya meraikan demokrasi dalam parti. “Saya terima keputusan ini […]

AHMAD RAZIF TERIMA KEKALAHAN DENGAN HATI TERBUKA

AHMAD RAZIF TERIMA KEKALAHAN DENGAN HATI TERBUKA

  Bekas Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menerima kekalahan kepada naib ketua bahagiannya, Apli Yusoff dengan keputusan yang terbuka dan profesional sambil menyifatkan sebagai adat pertandingan. Selain itu pemimpin berjiwa besar yang juga mantan Menteri Besar Terengganu itu turut mengakui amalan demokrasi dalam kalangan ahli dalam parti UMNO masih […]