JAWATANKUASA KHAS BANTU CINA MUSLIM

  Satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi mewakili 75,000 Cina Muslim di negara ini dalam usaha menangani pelbagai isu membabitkan komuniti tersebut. Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, penglibatan golongan Cina Muslim yang merupakan satu peratus daripada populasi penduduk di negara ini […]

KADAR VISA UMRAH, HAJI NAIK

  Sekurang-kurangnya 60,000 jemaah umrah dari Malaysia yang mahu mengerjakan ibadah itu buat kali kedua bakal terjejas dengan semakan semula kadar visa umrah dan haji yang diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi. Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd., Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, mereka yang hendak mengerjakan ibadah umrah pada musim baharu bermula […]

SK BUKAN MEDAN PENYEBARAN ISLAM MELAMPAU – MAHDZIR

  Sekolah Kebangsaan (SK) tidak akan menjadi medan penyebaran fahaman Islam melampau seperti IS atau ajaran sesat lain. Kementerian Pendidikan menjelaskan isu sama ada sesebuah sekolah kebangsaan (SK) itu islamik atau tidak islamik tidak pernah timbul. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata sistem yang dilaksanakan di SK adalah berlandaskan dasar yang sudah ditetapkan seperti yang […]

PANDANG SERIUS PENUBUHAN PARTI BAHARU – KHAIRY

  Pemuda Barisan Nasional (BN) memandang serius penubuhan parti baharu yang diasaskan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed. Semua pemimpin dan ahli parti perlu dingatkan agar tidak keliru dengan kemunculan parti baharu yang bermatlamat untuk melawan UMNO dan BN. Pengerusinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan kemunculan parti serpihan UMNO dianggotai bekas pemimpin parti […]

NAMA SPEAKER DUN PERAK DIHANTAR AWAL – DR ZAMBRY

Barisan Nasional (BN) Perak telah menghantar nama calon speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebelum tarikh akhir 7 Ogos 2016. Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegas tiada peraturan yang mewajibkan kerajaan negeri untuk mengumumkan lebih awal nama calon yang dipilih sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau berkata, BN selaku parti […]