BUNUH KERANA BALDI, HAKIM MENANGIS JATUH HUKUM

  “Hanya sebab awak nak pinjam baldi dia (mangsa), awak bunuh dia .. semata-mata baldi awak bunuh dia. “Secara peribadi saya tengok tidak ada satu sebab untuk awak bunuh dia, mangsa adalah jiran awak, awak bunuh dia macam awak bunuh ibu awak sendiri,” kata Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Shariff Abu Samah sambil menangis teresak-esak. Beliau yang […]

KESIHATAN AHMAD BASHAH SEMAKIN BAIK

Tahap kesihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah semakin pulih selepas menjalani pembedahan komplikasi usus, kata Timbalan Menteri Kesihatan,¬†Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Beliau berkata Ahmad Bashah kini sudah sedar dan boleh minum dengan sendiri. “Beliau kini sudah boleh dipindahkan ke wad biasa, akan tetapi beliau meminta untuk ditempatkan di wad Unit […]

SHAFEE DILANTIK DUTA HAK ASASI MANUSIA

Kerajaan melantik peguam veteran Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai Duta Besar Tugas-tugas Khas Mengenai Hak Asasi Manusia bagi penggal dua tahun dari 2016 hingga 2018. Kementerian Luar, dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Muhammad Shafee itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk terus memperjuangkan dan melindungi hak asasi manusia. ‚ÄúPelantikan ini manifestasi komitmen teguh […]

HOTEL PERTAMA ADA PEGAWAI AGAMA KHAS DI MALAYSIA

Adya Hotel Langkawi di Kuah, hotel milik kerajaan negeri menerusi Permodalan Kedah Berhad menjadi hotel pertama di negara ini mewujudkan jawatan rasmi Pegawai Agama Khas bagi memastikan ia sentiasa mematuhi piawaian syariah. Pengerusinya, Nor Saidi Nanyan, berkata jawatan itu disandang oleh lulusan Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mengawal […]

EMPAT WARGA MALAYSIA DICULIK DIHANTAR KE KINABALU HARI INI

Empat warga Malaysua yang diculik di Pulau Ligitan, Semporna awal April lalu dijangka akan di bawa ke Kota Kinabalu, Sabah hari ini. Buat masa ini empat tahanan berkenaan yang dibebaskan semalam masih lagi berada di Sandakan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, empat tahanan itu akan dibawa ke […]