AHLI PERNIAGAAN RUGI RM21.6 JUTA KERANA JONGKONG EMAS

Seorang ahli perniagaan dari Melaka rugi RM21.6 juta selepas menjadi mangsa penipuan pembelian jongkong emas dan pelaburan yang kononnya berasaskan syariah. Jumlah itu ialah 38% daripada kerugian keseluruhan RM56.7 juta keseluruhan di seluruh negara akibat penipuan pelaburan emas sejak Januari lalu sehingga semalam. Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini, lelaki berusia 43 tahun itu adalah […]

SEORANG MAUT, TIGA PARAH BAS REMPUH TRELER ROSAK

Seorang maut, tiga parah manakala 31 termasuk seorang bayi lagi cedera ringan selepas bas dinaiki merempuh treler rosak di Kilometer (KM) 285, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, awal pagi tadi. Identiti semua mangsa yang terbabit setakat ini, belum diketahui. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Rozmi Che Hamat, berkata sepasukan […]

KOP1M TIADA PINJAMAN PERIBADI

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini menafikan Koperasi 1Malaysia Berhad (KOP1M) menawarkan Skim Pinjaman Peribadi 1Malaysia seperti yang dipromosikan di media sosial Facebook. SKM dalam kenyataannya berkata pihaknya telah menjalankan siasatan perkara itu, setelah menerima aduan daripada orang awam mengenai tindakan individu yang mempromosikan skim tersebut dan turut mendakwa dirinya sebagai pegawai KOP1M di Facebook. […]

KENDERAAN REMPUH LORI SAMPAH, BAYI EMPAT BULAN MAUT

    Seorang bayi perempuan berumur empat bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu ayahnya melanggar bahagian belakang sebuah lori sampah di Kilometer 2, Jalan Seri Melor, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, Naurah Faqihah Mohd Ayub meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya, Nur Hafizah Nasiri, 28, mengalami kecederaan parah dengan […]

PM UMUM BANTUAN RAYA RM500 BUAT PENJAWAT AWAM

  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. “Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 […]