PAS YAKIN RUU DAPAT DIBENTANG

  PAS kekal yakin Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini walaupun kedudukan usul itu semakin menurun dalam aturan mesyuarat hari ini. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata masih ada banyak masa […]

BN JOHOR BELUM PANIK – MCA

  MCA Johor menegaskan tiada sebab untuk Barisan Nasional (BN) negeri ini perlu panik kerana kepemimpinan yang ditunjukkan Menteri Besar adalah dinamik dan cemerlang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MCA Johor, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata dakwaan dan tohmahan pemimpin pembangkang terhadap kepemimpinan diterajui Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah bertujuan mengabui […]

MB JOHOR JUMPA MCA MALAM INI

  Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan tertutup bersama kepemimpinan MCA negeri di sebuah hotel di JOHOR BAHRU. Mohamed Khaled yang tiba kira-kira jam 8 malam disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MCA Johor, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk […]

MOHD RAFIQ : TIDAK RUGIKAN UMNO

  Pemuda UMNO Melaka menyifatkan tindakan bekas EXCO Pemuda, Mohd Rafiq Naizamohideen keluar parti, kelmarin tidak sedikit pun merugikan. Ketua Pemuda UMNO Melaka, Senator Datuk Zali Mat Yasin, berkata Mohd Rafiq tidak memberi banyak sumbangan kepada pembangunan dan kekuatan parti sepanjang bersama UMNO. “Kita tidak nampak apa sumbangan beliau dalam parti selama ini. Segala aktiviti […]

PROGRAM PENERANGAN UMNO : AKAR UMBI PUAS HATI

  Bagi mengekang politik kebencian yang semakin agresif dicambah pihak-pihak tidak bertanggungjawab, UMNO terus mendekati ahlinya menjelajah ke seluruh negeri menerusi siri penerangannya. Siri jelajah mendekati akar umbi ini ternyata mendapat sambutan hangat yang rata-rata melahirkan rasa puas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Program penerangan ini yang […]