SAYA TIDAK MENERIMA SEBARANG SURAT TUNJUK SEBAB-MUHYIDDIN

 Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan hasrat segelintir pemimpin UMNO yang ingin menggugurkannya dari parti itu melanggar perlembagaan parti kerana sehingga kini beliau belum menerima surat tunjuk sebab Lembaga Disiplin UMNO. Timbalan Presiden UMNO yang digantung itu berkata, sehingga kini beliau tidak pernah dimaklumkan oleh Lembaga Disiplin UMNO mengenai kesalahan yang dilakukannya. “Sepatutnya saya diberikan surat […]

BUKAN SEMUA CINA SOKONG DAP – HADI

  PAS menutup semua pintu rundingan dan tetap akan meletakkan calonnya di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang diadakan serentak pada 18 Jun depan. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mengumumkan calon tempatan dalam masa terdekat dan tidak risau kepada pertandingan sesama pembangkang menentang Barisan […]

PEMBANGKANG TAK MAMPU MENANG PRK – MAHATHIR

  Walaupun meminta pengundi menolak Barisan Nasional (BN), Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pembangkang sukar untuk merampas kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 18 Jun depan. Ramalan itu berdasarkan kegagalan pembangkang bersatu dalam pakatan khususnya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Dr Mahatahir berkata, perpecahan pembangkang […]

‘WARKAH PENJARA’ ANWAR TAK PERLU DIBINCANG – AZMIN

Warkah dari penjara yang ditulis oleh mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar dibincangkan diluar parti kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Kata Azmin, beliau sependapat dengan pendirian Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menegaskan ianya merupakan hal dalaman parti. “Saya amat bersetuju dengan Presiden PKR […]

DUA NAMA CALON WANITA PRK KUALA KANGSAR

  Wanita UMNO Perak berharap pucuk pimpinan parti dapat mempertimbangkan calon Wanita untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar. Gesaan itu dibuat kerana kerusi Parlimen Kuala Kansar pada asalnya dan secara tradisinya diperuntukkan untuk calon Wanita. Oleh itu Wanita UMNO Perak smenghantar dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi bertanding mempertahankan kerusi […]