PAS PULA AJAK PKR SERTAI BLOK KETIGA

  Jika sebelum ini PKR mengajak PAS rujuk kembali dengan pakatan pembangkang, kini giliran PAS pula berbuat demikian dengan menyertai blok baharu bersama parti itu. Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nik Amar Abdullah yang menegaskan parti itu tidak akan kembali bersama pakatan tetapi sedia bersama PKR bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Beliau berkata […]

SPR ADAKAN MESYUARAT KHAS DUA PRK JUMAAT

  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Menurut laporan BERNAMA, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memaklumkan kekosongan di kedua-dua kerusi itu kepada SPR. Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong, selepas wakil rakyatnya yang […]

ADUN PAS SERTAI PAN SEKADAR PROPAGANDA

  Tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kelantan yang akan menyertai Parti Amanah Negara (PAN)  seperti didakwa ekoran pemecatan bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa oleh parti Islam itu. Sebaliknya kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ia sekadar propaganda Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah untuk mencetuskan kelam-kabut dalam […]

PAS SELANGOR SERAH KEPADA PUSAT UNTUK TENTUKAN

PAS Selangor menyerahkan kepada pemimpin peringkat pusat untu membuat keputusan berhubung pelawaan PKR supaya parti itu kembali kepada pakatan pembangkang. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata PAS Selangor tidak boleh membuat apa-apa keputusan walaupun berhak menyatakan pandangan. “PAS Selangor yakin dengan kebijaksanaan dan pandangan jauh PAS Pusat yang akan mengambil kira situasi di […]

MAJLIS SAMBUTAN HARI UMNO DITUNDA PADA KHAMIS

UMNO hari ini mengumumkan pertukaran tarikh Majlis Sambutan Hari UMNO yang dijadualkan lusa kepada hari Khamis, 12 Mei. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata pindaan itu dibuat ekoran pertindihan dengan Majlis Santapan Malam Memulian Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-241. Tengku Adnan berkata, bagaimanapun lokasi dan masa bagi majlis berkenaan tidak berubah dan […]