TERKINI: PKR, DAP KALAH DI SEMUA KERUSI BERTINDIH

PKR dan DAP tewas di semua kerusi DUN yang menyaksikan mereka bertanding sesama sendiri menentang Barisan Nasional dan bebas. Kerusi-kerusi tersebut adalah Batu Kitang, Mambong, Simanggang, Ngemah, Murum dan Mulu. Sementara itu pertembungan PAS dan PAN di lima kerusi DUN juga menyaksikan kedua-dua parti itu tewas di semua kerusi tersebut di tangan Barisan Nasional. Bagaimanapun, […]

DAP HILANG ENAM KERUSI

  Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) kali ini menyaksikan DAP hilang enam kerusi yang dimenanginya sebelum ini. l Lima kerusi DAP yang berjaya dirampas kembali Barisan Nasional (BN) ialah, Batu Kawa, Dudong, Meradong, Piasau dan Repok. Batu Kawa (DAP 1,710, BN 3,314); Dudong (DAP 3,762, BN 6,074); Meradong (DAP 3,796, BN 4,893); Piasau (DAP […]

TERKINI : BN RAIH MAJORITI MUDAH, KEKAL TERAJUI SARAWAK

Barisan Nasional kekal menerajui kerajaan negeri Sarawak selepas mendapat majoriti mudah dengan memenangi 42 kerusi DUN pada jam 8.40 malam tadi.   Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Seri Muhammad Hashim Abdullah dalam satu sidang media di Kuching di sini.   Proses pengiraan undi sehingga kini masih berjalan di 40 kerusi […]

PROSES PENGIRAAN UNDI SEDANG DIJALANKAN

Kesemua 1,754 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) ditutup tepat 5 petang ini, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Proses pengiraan dan penjumlahan undi sedang berlangsung sekarang. SPR berkata keputusan pertama pilihan raya negeri itu dijangka diumum kira-kira 8 malam ini. Sebanyak 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka […]

TAIB MAHMUD BUANG UNDI DI SK MERPATI

  Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang di sini, untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), pagi ini.   Beliau tiba jam 10.38 pagi bersama isterinya, Puan Seri Ragad Kurdi. Ketibaan Abdul Taib dan isteri disambut calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, […]