PEMBUNUH UPAHAN TIDAK DAPAT UPAH

Pembunuh yang menembak mati ejen hartanah di Jalan Klang Lama pada 6 Julai lalu tidak dibayar upah RM10,000 seperti dijanjikan. Menurut laporan Malay Mail hari ini yang memetik sumber sebagai berkata, pekerja kilang berusia 29 tahun yang ditahan polis Sabtu lalu di Tampoi, Johor mengaku adalah pembonceng motosikal yang melepaskan tembakan ke arah Datin Renyce […]

CADANG AMBIL PEKERJA TIDAK MEROKOK

  Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong hari ini mencadangkan supaya hanya calon yang tidak merokok dipertimbangkan untuk menyandang jawatan dalam sektor awam atau swasta. Beliau berkata pelaksanaan syarat itu boleh menjadi satu permulaan kepada usaha untuk membuang tabiat merokok dan menyemai amalan hidup sihat dalam kalangan tenaga kerja. “Langkah ini jika dapat […]

‘SAYA JADI MANGSA KAMBING HITAM’- ADLIN

  Pelakon Adlin Aman Ramlie tidak menolak dirinya menjadi mangsa perangkap dan eksploitasi sindiket pelaburan haram sehingga ditahan pihak polis pada Rabu lalu. Adlin, 44 tahun, yang tampil dalam sidang media yang diadakan pada semalam (Ahad) turut menegaskan dia tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seperti diperkatakan dan dijadikan ‘kambing hitam’ bagi kepentingan pihak tidak bertanggungjawab. […]

DIFTERIA: PUNCA KEMATIAN BAYI 11 BULAN DIKETAHUI BULAN DEPAN

  Siasatan punca kematian Muhammad Rusydi Rizky Amdin, 11 bulan yang pernah dirawat sebagai kes difteria di Kedah, semalam dijangka selesai antara satu hingga empat minggu lagi. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata pihaknya kini masih menjalankan kajian terperinci selain, sedang mengesan kemungkinan wujud jenis bakteria […]

PENGANGGUR, PEKERJA KILANG MENGAKU SALAH BOM PUSAT HIBURAN

  Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini, hari ini atas sembilan tuduhan memiliki dan membaling serta meletupkan bom tangan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap lapan mangsa di Movida Boulevard, Jun lalu. Penganggur, Imam Wahyudin Karjono, 21 dan pekerja kilang, Jonius Ondie Jahali, 24, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadap […]