KELANTAN DIPANTAU FIFA?

  ‘Bala’ menanti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) apabila bekas penyerang pasukan itu, Erwin Carrillo membawa isu tunggakan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). KAFA dikatakan masih gagal menjelaskan tunggakan gaji pemain itu selama tiga bulan berjumlah AS$55,000 (RM224,000) selepas semusim di Kelantan pada 2015. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui tidak terkejut dengan […]

GPMS YAKIN KEUPAYAAN PAK LAH

  Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yakin bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mampu menggalas tugas selaku penasihat PETRONAS. Presidennya, Zambri Mohd Isa, berkata GPMS yakin Abdullah bekas Presiden GPMS itu mampu menjalankan amanah itu kerana beliau mempunyai hubungan baik dengan pemimpin negara luar. “Berdasarkan pengalaman sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima serta pernah menjawat […]

KAFA NAFI WAN ZACK HAIKAL MENINGGAL DUNIA

  Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menafikan pemain sensai pasukan itu Wan Zack Haikal meninggal dunia seperti mana yang tersebar di laman sosial Facebook. Menurut berita yang tersebar di laman sosial itu, pemain penyerang The Red Warrior’s itu dikatakan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Berita itu disebarkan dengan memuat naik sekeping gambar yang memaparkan […]

MERCEDES AMG PETRONAS DOMINASI GRAND PRIX AUSTRALIA

Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Nico Rosberg menjuarai perlumbaan pembuka tirai Formula Satu (F1) 2016 Grand Prix Australia yang dipenuhi drama, sebentar tadi. Kemenangan di Litar Albert Park itu lebih bermakna buat Mercedes apabila seorang lagi pelumbanya, Lewis Hamilton melengkapkan kemenangan satu, dua buat pasukan itu. Pelumba Ferrari yang juga juara dunia empat kali, Sebastian Vettel […]

KEJAYAAN WELSON LUAR BIASA- KHAIRY

Kejayaan perenang negara, Welson Sim menempah dua slot ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Ogos adalah pencapaian luar biasa. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata ia bukan saja satu kejayaan luar biasa, malah mencipta kebangaan buat negara. “Tak pernah kita ada perenang yang layak untuk dua acara secara merit […]