BEBERAPA INISIATIF DILULUSKAN PADA SIDANG KEMUNCAK APEC 2014 – NAJIB

Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) kali ke-22 yang berakhir di sini pada Selasa telah meluluskan beberapa inisiatif bagi memastikan kemakmuran dan pembangunan jangka panjang kumpulan. Malaysia, sebagai antara anggota pengasas Apec apabila ia ditubuhkan pada 1989, menyertai yang lain dalam menyokong proses Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP) yang disokong China dan […]

SARAWAK TAMBAH 11 DUN

    Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Selasa meluluskan usul penambahan 11 kerusi DUN daripada 71 sekarang kepada 82 keseluruhan. Usul diluluskan majoriti ahli dewan selepas sesi perbahasan membabitkan lapan ADUN Barisan Nasional (BN) dan tujuh pembangkang. Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Aziz Yusof dalam satu interbiu dengan akhbar Utusan Malaysia pada awal tahun ini […]

MALAYSIA GESA RUSIA BUKA LALUAN – NAJIB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Presiden Rusia Vladimir Putin untuk membantu memberi akses sepenuhnya ke kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 bagi memudahkan pasukan penyiasat melakukan siasatan penuh berhubung insiden itu. Najib berkata banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum kes itu dapat dimuktamadkan dan berharap kedua-dua pihak, Rusia dan Ukraine, […]

PRESTASI URUS KEWANGAN KEMENTERIAN MENINGKAT – KETUA AUDIT NEGARA

Tahap pengurusan kewangan di peringkat kementerian pada tahun lepas mencatatkan prestasi lebih baik berbanding empat tahun sebelumnya, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang. Beliau berkata pada tahun 2013, 23 kementerian mencapai tahap sangat baik berbanding 22 kementerian pada 2012, 19 kementerian pada 2011, 17 kementerian pada tahun 2010 dan 10 kementerian pada 2009. […]

”TIADA MAAF BAGIMU”, – MUHYIDDIN

  “Tiada maaf bagimu”, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pendatang tanpa izin yang menceroboh dan ahli politik yang melindungi pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands sehingga menyebabkan banjir lumpur dan tanah runtuh Rabu lepas. Timbalan Perdana Menteri berkata bagi membanteras gejala yang berleluasa itu, kerajaan akan menggerakkan operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan bagi […]