JOM KELUAR ZON SELESA – ANNUAR

UMNO perlu mengambil sikap positif terhadap dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pimpinan UMNO masih berada di zon selesa bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO perlu menganggap ia sebagai satu panggilan bagi menyedarkan UMNO untuk terus berjuang. “kalau ada public (orang awam) menganggap begitu, kita kena […]

PPBM BERHAK CARI AHLI – ANNUAR

    Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem politik terbuka tidak menghalang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai sebuah parti yang sah untuk mencari ahli. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata PPBM terbuka dan mempunyai hak untuk menambah bilangan ahli parti itu. ”kita kena alu-alukan..mereka adalah sebuah parti yang sah,”katanya. […]

“DON’T CROSS THE LINE” – NAJIB

Presiden UMNO tidak menghalang  mana-mana pihak dalam parti yang tidak sehaluan dan berbeza pendapat, tetapi beliau menjadikan pantang sekiranya tindakan yang boleh merosakkan, menjahanam dan memporak perandakan parti serta kerajaan. Tegas beliau, “Don’t cross the line”. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perkara tersebut dalam ucapan beliau ketika majlis ‘YAB PM Bersama Kita’ […]

CUKUPLAH RASA SELESA – ZAHID

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru pemimpin serta ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk tidak lalai bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. Zahid menegaskan masalah dalaman parti harus segera ditangani, pemimpin turun padang mendekati rakyat, memilih calon layak, keluar daripada zon selesa dan memastikan bantuan disalurkan ke peringkat akar umbi.

DOJ : BUKTI 1MDB TIDAK TERBABIT- PM

Pendedahan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) membuktikan tiada pembabitan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pendedahan DOJ itu hanya menyentuh tentang beberapa nama yang disebut oleh jabatan berkenaan. Beliau berkata, 1MDB sehingga kini juga tidak diminta sebarang maklumat berhubung perkara itu oleh DOJ. Malah, DOJ juga tidak menuntut sebarang penjelasan daripada 1MDB termasuk pandangan daripada pihak berkuasa Malaysia. “Ini terbukti secara langsung (1MDB) tidak terbabit. Begitu juga 1MDB tidak ada aset di AS.1MDB sehingga kini tidak diminta apa-apa maklumat dan juga penjelasan. “Ia juga tidak mengandungi apa-apa penjelasan dari Malaysia, sehingga kini orang ternama (disenaraikan DOJ) belum ada penjelasan daripada mereka,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur, petang Jumaat.