CHONG WEI LUAR BIASA- NAJIB

 

Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang menyumbangkan pingat emas dalam final acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel 2018 Ahad.

“Hebat Dato’ @LeeChongWei, memang luar biasa! Setiap hayunan raket tadi membawa bersama semangat 30 juta rakyat Malaysia! Tahniah emas ke-6 Malaysia di #GC2018,” kata perdana menteri dalam laman Twitternya.

Dalam perlawanan di Carrara Sports and Leisure Centre, Gold Coast, Chong Wei menewaskan pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India 19-21, 21-14, 21-14.

Ia adalah pingat emas ketiga Chong Wei dalam edisi Sukan Komanwel pada acara perseorangan lelaki selepas memenanginya pada 2006 dan 2010.

Sementara itu, Najib turut mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu wanita negara, Chow Mei Kuan dan Vivian Hoo yang menyumbang emas ketujuh negara pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

“Tahniah dan terima kasih beregu wanita kita Vivian Hoo dan Chow Mei Kuan, sumbang emas ke-7 Malaysia! Straight set 21-12, 21-12, hebat! #TeamMAS #NegarakuKebanggaanku #HebatkanNegaraku,” kata Najib menerusi catatan di laman Twitter beliau.

Gandingan Vivian Hoo-Chow Mei Kuan memenangi emas acara beregu wanita badminton selepas menewaskan wakil England, Lauren Smith-Sarah Walker.

 

Sumber BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.