COKLAT ‘NAJIB’ TERLAJAK LARIS

 

Coklat mini bersaiz poket memaparkan imej bekas Presiden UMNO dan barisan perdana menteri antara produk jualan yang mencuri tumpuan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017.

Coklat barjenama Ryverra & Confectionery itu ditawarkan dengan enam wajah pemimpin negara di mana keunikan setiap daripada satunya mempunyai perisa tersendiri yang berbeza.

Bagi wakil syarikat, Norshiah Ahiddin, 29, coklat bertemakan kepimpinan itu diperkenalkan bagi menerapkan semangat cinta dan sentiasa hormati bekas-bekas pemimpin negara.

“Setiap bungkusan coklat yang memaparkan wajah keenam-enam pemimpin negara itu mempunyai perisa yang berbeza.

“Contohnya, bungkusan yang memaparkan wajah Pak Lah mempunyai perisa berasaskan kismis, Tun Abdul Razak berperisa hazelnut dan Datuk Seri Najib Razak pula berperisa ‘original,” katanya kepada Mynewshub.

Menurutnya lagi, konsep yang diketengahkan menerusi coklat bar ini menggabungkan paparan tarikh durasi jawatan yang disandang oleh setiap presiden UMNO.

Ini sekaligus menarik minat golongan kanak-kanak untuk lebih mengenali bekas pemimpin daripada zaman Tunku Abdul Rahman sehingga Najib Razak.

Ditanya mengenai sambutan pengunjung, Norshiah menjelaskan coklat yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Tun Razak paling laris.

“Sepanjang tiga hari berlangsungnya perhimpunan, coklat ‘berperisa’ Datuk Seri Najib paling cepat sold out, kita pun tak sangka ia dapat sambutan diluar jangkaan,” katanya yang turut mengatakan lebih 1,000 unit telah habis dijual.

Sementara itu wajah coklat ‘Mahathir’ pula menurutnya turut mendapat sambutan namun ia tidak sehebat coklat berwajah perdana menteri terkini.

Sepaket coklat berkenaan dijual pada harga RM3, namun untuk PAU 2017, pengguna boleh mendapatkan harga keenam-enam coklat berkenaan dengan hanya RM10.

Turut dijual secara ekslusif set bungkusan coklat yang bermotifkan bendera dan logo parti. Dengan pembelian dua set akan diberikan percuma sebuah lagi set coklat.

“Set istimewa ini harga kebiasaanya adalah RM15, tapi untuk perhimpunan kali ini, kita buat promosi beli dua set dapat percuma satu lagi set coklat,” katanya.

Pengunjung boleh mendapatkan coklat ‘pemimpin UMNO’ ini di ruangan jualan aras tiga di gerai 114, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

 

Sumber MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published.