CUBAAN TAKUTKAN PENGUNDI CINA DENGAN PAS

 

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mendakwa gambar pemimpin parti itu yang disebarkan bersama pemimpin UMNO bertujuan menimbulkan kemarahan pengundi kaum Cina.

Idris berkata, langkah terdesak itu dibuat oleh musuh PAS supaya pengundi Cina menolak mereka dalam pilihan raya umum nanti.

“Oleh itu musuh PAS membuat fitnah kononnya PAS bersama UMNO.

“Gambar pemimpin PAS bersama dengan pemimpin UMNO disebar dalam masyarakat Cina. Ini yang menyebabkan orang Cina marah kepada PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Idris, isu tersebut tidak perlu dipolemikkan walhal terdapat pemimpin DAP juga yang mempunyai gambar duduk bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) tapi tidak dituduh pula mereka akan menyertai parti kerajaan itu.

“Apabila kita tunjuk gambar pemimpin DAP bersama dengan pemimpin UMNO, mereka terkejut. Tapi kita tidak katalah pemimpin DAP mahu masuk BN,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan sikap tidak adil sesetengah pihak yang hanya mahu membuat fitnah kepada PAS hanya kerana berlaku perjumpaan dengan pemimpin kerajaan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.