DADAH : BEKAS MODEL DITAHAN

 

Seorang bekas model dan pelakon sambilan ditahan dalam keadaan berbogel dipercayai di bawah pengaruh dadah di rumahnya di Kampung Gunong, Bachok pada Rabu.

Ketika ditahan kira-kira pukul 1 pagi, wanita berusia 32 tahun tersebut berada seorang diri di dalam rumah milik ibunya itu.

Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah, Rusdi Yusof berkata, wanita itu mengaku telah mengambil pil kuda sebelum dia ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh agensi tersebut.

“Wanita yang pernah bekerja sebagai model dan pelakon sambilan ini mengaku menagih dadah ketika berusia 18 tahun.

“Ibu tunggal itu juga mengaku menagih syabu ketika bekerja sebagai model di Kuala Lumpur dan beralih kepada pil kuda kerana tidak mampu menampung perbelanjaan pembelian syabu yang semakin mahal di pasaran,” katanya.

Model sambilan itu di antara 30 individu yang ditahan dalam operasi khas di Kampung Gunung, Beris Kubur Besar dan Tawang, bermula dari pukul 6 petang sehingga 8 pagi.

Dalam operasi tersebut, AADK mengesan 20 penagih dadah positif pil kuda dan morfin selepas saringan ujian air kencing dijalankan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.