DAP MAHU KIT SIANG JADI PM – PUAD

 

Hasrat Lim Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya semakin jelas.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata hari ini pemimpin DAP secara terangan dan terbuka menyatakan hasrat Kit Siang untuk menduduki tampuk pemerintahan negara.

“Prof Ramasamy dakwa, tiada calon yang paling layak jadi Perdana Menteri kecuali Kit Siang. Menurutnya lagi, Lim Kit Siang berada di carta paling “atas” berbanding orang lain.

“Itulah pendapat bekas seorang pensyarah universiti yang juga dikenali sebagai “Prof samseng” setelah menjadi wakil rakyat DAP.

“Kenyataannya itu mengesahkan lagi bahawa Kit Siang memang bercita cita mahu menjadi Perdana Menteri atau pun menjadi agenda utama DAP kalau PH memerintah,” katanya dalam satu kenyataan.

Puad berkata, Kit Siang sudah 52 tahun berjuang dalam politik dan masih bertahan sehingga kini, dan akan menjadi Perdana Menteri paling diktator dalam sejarah Malaysia berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kalau dalam DAP dia boleh bersikap kuku besi apakah perangai sama tidak berlaku bila dia jadi PM. Silap hari bulan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihidupkan semula.

“Sampai hari ini DAP tidak pernah mengecam Singapura kerana mengamalkan ISA sedangkan Najib sudah lama menghapuskannya.

“Hairan sungguh, bagaimana Kit Siang berada di carta paling atas sebagai Perdana Menteri paling layak,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.