DAP TERIMA SURAT ROS

 

Selepas 10 hari Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengeluarkan arahan supaya DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), parti itu kini memaklumkan sudah menerima surat rasmi pagi Isnin.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya pada, Ketua Biro Undang-undangnya, Gobind Singh Deo (foto) berkata CEC akan mengadakan pertemuan pada Rabu ini bagi membincangkan kandungan surat berkenaan sebelum mengambil langkah seterusnya.

Tambah Ahli Parlimen Puchong itu kenyataan akan dikeluarkan selepas selesai perbincangan.

Pada 7 Julai lalu RoS mengarahkan DAP supaya membuat pemilihan semula 20 perwakilan CEC baharu  susulan pemilihan pada 2013 dianggap tidak sah.

Bagaimanapun, pimpinan DAP seperti Lim Guan Eng enggan melakukan pemilihan semula kerana mendakwa arahan itu bermotif politik.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.