DAP TETAP BERKUASA DALAM PH

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

 

DAP tetap berkuasa dalam Pakatan Harapan (PH) meskipun pemimpin parti itu ‘tidak ditonjolkan’ dalam jawatankuasa baharu pakatan itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata rakyat diingatkan supaya tidak terpedaya dengan helah licik DAP yang mempergunakan PH.

Beliau berkata, taktik licik DAP terbukti apabila kerajaan Perak jatuh ke tangan pembangkang yang mana Datuk Seri Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar boneka DAP.

“DAP pandai, dia ada matlamat…apa yang penting mereka dapat apa yang mahu.

“Di Selangor, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tapi yang berkuasa tetap DAP. Bagi DAP apa yang penting adalah keberhasilan.

“PKR kepemimpinannya Melayu tetapi tunduk pada DAP,” katanya selepas Majis Grand Reunion Gabungan Azizian@Pertemuan Aidilfitri di PWTC, pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Penasihat Kelab Azizian, Datuk Abdullah Hamid Jaafar.

Tajuddin berkata, DAP tidak hairan walaupun pemimpin parti itu tidak diberikan jawatan penting dalam PH yang disusun semula selepas menerima penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“DAP tahu PH tidak akan ke mana tanpa sokongan mereka, tanpa sokongan Cina DAP. Dia (DAP) suruh kita berperang, hasil dia yang kutip.

“Dalam hal ini Mahathir tidak bijak, kasihan saya tengok padanya,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.