DATUK ANTARA 18 KONGSI GELAP DITAHAN

 

Individu berstatus Datuk adalah antara 18 lelaki disyaki anggota geng kongsi gelap 04 yang ditahan dalam operasi polis di sekitar Pulau Pinang pada hujung bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zainol Samah berkata mereka yang ditahan dalam Op Cantas Jenayah Terancang itu termasuk ketua geng kongsi gelap yang berusia 23 hingga 54 tahun.

“Berdasarkan siasatan, mereka terbabit dalam kegiatan jenayah terancang, antaranya mendatangkan cedera parah, rompakan, pemerasan, bunuh dan pengedaran dadah,” katanya di Georgetown, pada Isnin.

Menurut Zainol, kesemua mereka kini direman selama 28 hari menurut Seksyen 4 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012.

Sementara itu, polis negeri turut memburu baki 10 lagi anggota geng 04.

Mereka ialah T Kalai Chelvan, 28, A Guganish,36, K.Sangaran, 35, Mohd Firdaus Mohd Abdul Rahim, 33, M Partiben, 29, S Surentheren, 30, G Guninteran, 23, M Nithiyanantham Naidu, 24, K Dineskumar,21, dan seorang remaja berusia 17 tahun.

“Mereka diminta menyerah diri kepada polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai 10 lelaki itu diminta menyalurkan maklumat kepada kami,” kata Zainol lagi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.