DATUK SERI DITEMUI LEMAS

 

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditemui lemas selepas sampan yang dinaiki bersama anak saudaranya dipercayai terbalik kira-kira tiga kilometer dari Pantai Sungai Ular Kuantan, malam Selasa.

Bagaimanapun, anak saudaranya terselamat dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu.

Mangsa, Datuk Seri Seikh Muhammad Seikh Sadaruddin, 60, ditemui berdekatan dengan tempat sampan berkenaan terbalik.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.53 malam dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dihantar ke tempat kejadian.

Sebaik tiba di lokasi, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.