DEDAHKAN KELEMAHAN PEMBANGKANG – ISMAIL SABRI

 

Seluruh jentera UMNO digesa supaya lebih agresif dalam mendedahkan kelemahan pembangkang khususnya di Selangor dan Pulau Pinang.

Dalam masa sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemimpin diperingkat akar umbi juga diminta memainkan peranan lebih proaktif dan pantas dalam menangkis fitnah dilemparkan pembangkang.

“Pembangkang hidup dengan fitnah, selagi kita tidak menjawab tuduhan, dia akan timbulkan lagi banyak perkara.

“Mereka lebih suka kalau kita tidak menjawab dan akhirnya membentuk persepsi bahawa apa yang difitnahkan itu adalah satu kebenaran,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu.

Ismail Sabri dalam pada itu berkata, seluruh jentera UMNO yang merangkumi lebih 22,000 cawangan dan 191 bahagian juga tidak seharusnya membiarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersendirian menghadapi serangan pembangkang.

Beliau turut menyeru parti komponen memainkan peranan sama hebat dalam jentera di sesebuah kawasan walaupun tidak bertanding di situ.

“Kita mahu berkongsi kuasa jadi kita perlulah berkongsi kerja. Ada kawasan yang UMNO tidak bertanding, kita tetap berusaha bersungguh-sungguh membantu parti komponen. Itulah juga yang kita harapkan daripada parti komponen BN,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.