DERA ANAK : ANGGOTA TENTERA BERDEPAN HUKUMAN MATI

 

Anggota tentera Mohammad Abdullah Mohamed, 35, berdepan hukuman gantung sampai mati berhubung tuduhan membunuh anak perempuannya Nur Aina Nabihah, 9.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya pada 31 Januari lalu di Taman Vista Jaya, Lukut, antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam.

Kertas pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Port Dickson.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripadanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya A Ashwini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 15 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, isteri tertuduh berusia 34 tahun yang juga ibu tiri mangsa dibebaskan dengan jaminan mahkamah bagi dijadikan saksi kes berkenaan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.