DIALOG TN50 : ‘MAT OVER’ TAMPAR DAVID TEO

Sesi ‘Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni’ di Seri Perdana, Putrajaya, Rabu malam kecoh apabila pelakon dan pelawak, Mat Over menampar penerbit David Teo.

Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin menampar Teo yang dilihat meninggikan suara apabila ingin mengambil peluang untuk berdialog dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Insiden bermula apabila Teo seolah-olah mempersoalkan cara Datuk Rosyam Nor mengendalikan sesi berkenaan kerana didakwa tidak melihat ke belakang dalam memilih penggiat seni untuk menyuarakan pandangan.

Program disiarkan secara langsung menerusi segmen FB Live di laman sosial Facebook itu, memperlihatkan Rosyam menegur Teo yang dianggap tidak menghormati Perdana Menteri.

Insiden itu tidak berlarutan apabila pihak keselamatan dan hadiri yang berjaya mengawal keadaan.

Bagaimanapun selepas insiden itu Teo dan Sulaiman berdamai secara baik di hadapan Perdana Menteri.

Sulaiman dan Teo bersalaman serta berpelukan sambil disaksikanĀ Perdana Menteri dan Rosyam.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.