DOBI MUSLIM…TERUSKAN

 

Dalam istilah berniaga tiada paksaan untuk jual apa sahaja asalkan untung kalau rugi pun berniaga juga namanya. Tebuan serabut baca komen-komen dalam media sosial pasal isu Dobi Muslim oleh pakar-pakar tak bertauliah.

Tebuan dok tunggu nak dengar komen dari para mufti dan ulama yang faham hukum hakam agama Islam pasal hal ini. Nasihat golongan ini penting, soal ‘subhah’ adalah penting bagi umat Islam.

Ketepikan soal politik dalam hal ini.

Bagi Tebuan, hak peniaga nak khususkan dobinya hanya untuk orang Islam sahaja atau nak buka pada semua adalah peniaga tu…jangan soal. Jangan sengaja nak cari pasal atau nak buat isu kerana soal agama Islam kini memang sedang dicabar kiri kanan dan atas bawah.

Orang bukan Islam janganlah nak mengaruk tak tentu pasal. Kalau dah ada kedai Dobi Muslim maka pergilah kedai dobi yang tak muslim…banyak lagi kedai dobi yang ‘Tak Muslim’.

Bukan Islam tak usah nak buat isu kerana selama ini ada kedai makan melayu, mamak muslim, kedai apek, kedai india dan macam-macam lagi tak jadi masalah pun.

 

TEBUAN : Eloklah ada kedai Dobi Muslim atau patuh syariah demi menjaga hak kesucian orang Islam.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.