DR VIDA MULA ‘DIKEJAR’ LELAKI

 

Belum tamat tempoh edah, pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Vida atua Datuk Seri Hasmiza Othman sudah didekati oleh beberapa individu yang berminat untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

Kata Vida, dia berasa amat kesal apabila ramai yang cuba merapatinya dengan berhubung dengannya melalui laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

“Buat masa ini, pintu hati saya belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidup dan lebih selesa bersendirian. Jika ada sekalipun biarlah individu itu sanggup hidup susah dan senang bersama saya.

“Lagipun keutamaan saya kini adalah untuk membahagiakan anak-anak dan perniagaan. Itu saja yang saya fikir sekarang. Tiada masa untuk lelaki buat masa ini,” katanya ketika ditemui semasa Ulang Tahun Pertama Tonton semalam.

Malan, menurut Vida, sejak disahkan bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin awal bulan lalu, baru kini dia keluar menghadiri majlis hiburan.

“Ini adalah kemunculan pertama saya selepas ‘terperuk’ di dalam rumah apabila kembali bergelar ibu tunggal.

“Alhamdulillah, saya makin kuat mendepani hari mendatang bersama anak-anak. Saya baik-baik sahaja,” katanya.

Menurut Vida, dia percaya apa yang berlaku terhadap rumah tangganya pasti ada hikmah di sebaliknya.

Perkahwinan selama tiga tahun Vida dan Fairuz akhirnya musnah apabila pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Syariah Ipoh, Perak 7 April lalu.

Vida bernikah dengan Fairuz, 39, pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga ahli perniagaan itu. –MYNEWSHUB

Leave a Reply

Your email address will not be published.