EMPAT INDIVIDU DITAHAN TERBABIT DAESH

 

Susulan penahanan tiga lelaki di Sabah semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan lelaki tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Daesh.

Selain tiga lelaki itu, Khalid juga memaklumkan polis telah menahan seorang lagi lelaki Isnin lalu di Slim River Perak.

Empat lelaki berkenaan adalah tiga warganegara Indonesia dan seorang rakyat tempatan.

“Pada 12 hari bulan, kita telah tangkap seorang ahli IS warga Indonesia di Slim River.

“Semalam pula kita tangkap tiga lagi orang di Sandakan, dua Indonesia dan seorang rakyat tempatan dari Sabah yang sedang merancang untuk ke Marawi.

“Kita telah mengesan mereka serta niat mereka dan kita tangkap sebelum mereka terlepas ke Marawi,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, pada Jumaat.

Menurut Khalid lagi, semua individu yang ditangkap berusia antara 30 hingga 48 tahun.

Malah tambahnya, warganegara Indonesia yang ditangkap itu turut mempunyai pasport.

Selain itu, katanya, pihak polis juga berjaya merampas tiga bilah pisau Rambo yang baru dibeli didakwa untuk kegunaan menyerang polis sekiranya mereka ditahan, semalam.

“Alhamdulillah, mereka tak sempat guna senjata itu semasa kita tangkap,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.