ENAM PEGUAM SEDIA BELA ZAMIHAN

 

Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin antara peguam yang menawarkan diri untuk membela Dr Zamihan Mat Zin yang kini disiasat di bawah akta hasutan.

Selain Zulkifli terdapat beberapa peguam lain turut menawarkan khidmat untuk membantu Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) itu.

“Enam orang peguam sudah menyatakan kesediaan untuk membela Ustaz Zamihan, alhamdulillah. Mereka sukarela untuk membantu.

“Terbaru Zulkifli juga menawarkan diri untuk membantu Ustaz Zamihan yang kini ditahan reman oleh pihak polis.

“Malah seorang peguam dari Johor yang pernah mengendalikan kes berprofile tinggi juga berhasrat membantu,” kata sumber kepada Watan-Online.

Zamihan kini direman polis selama dua hari bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung dakwaan menghina Sultan Johor dalam isu dobi muslim.

Beliau ditahan pihak polis semalam selepas dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi Petang Rabu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.