ERA NAJIB LAGI BAIK BANDING MAHATHIR – PAS

 

Kerajaan PAS Kelantan memuji pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang jauh lebih baik berbanding kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata era Najib menyaksikan kerjasama yang baik antara kerajaan PAS Kelantan dan kerajaan pusat terjalin dan sudah tentu menguntungkan rakyat.

Beliau berkata ia jauh berbeza jika dibandingkan era Mahathir yang mana Kelantan dianaktirikan dan pembangunan disekat bagi memberi tekanan kerajaan negeri.

“….Alhamdulilah, era Perdana Menteri sekarang ini hubungan antara negeri dengan pusat bertambah baik.

“Disebabkan itu kita tengok banyak pembangunan berlaku di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pelancaran Petak Kajian Pokok Eucalyptus Negeri Kelantan di Hutan Simpan Betis, Lojing, di Gua Musang, pada Khamis.

Majilis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mohd Amar juga Naib Presiden PAS berkata, walaupun memerintah negara ini selama 22 tahun namun zaman Mahathir sudah berlalu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.