GANGGUAN AIR MODAL POLITIK KERAJAAN SELANGOR

 

Kerajaan Selangor yang diterajui PKR sengaja menjadikan isu gangguan air sebagai modal politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Kerajaan Selangor yang dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seharusnya bertanggungjawab menawarkan harga bagi proses pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) supaya isu gangguan air di negeri itu dapat diselesaikan segera.

“Obligasi mengambil alih SPLASH yang termaktub dalam perjanjian iaitu dalam tempoh setahun masih belum dipatuhi (kerajaan Selangor). Ini menyebabkan pihak-pihak perjanjian terpaksa melanjutkan tempoh pengambil alihan SPLASH sebanyak tiga kali berikutan kegagalan kerajaan negeri Selangor menawarkan nilai pengambilan SPLASH.

“Keputusan untuk mengambil alih SPLASH terletak sepenuhnya di bahu kerajaan Selangor berdasarkan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani.

“Kerajaan Persekutuan tidak ada kuasa dan tidak bercadang untuk masuk campur dalam menentukan nilai yang saksama kerana tawaran berkenaan dibuat berdasarkan prinsip willing buyer, willing seller.

“Oleh yang demikian adalah tidak wajar kerajaan persekutuan dituduh sebagai melengah-lengahkan urusan pengambilan ini sedangkan kerajaan Selangor yang dilihat menjadikan isu ini sebagai modal politik untuk menyalahkan kerajaan persekutuan dalam isu gangguan air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dimeterai pada 12 September 2014.

Selain itu perjanjian tambahan juga telah ditandatangani pada 10 Julai 2015.

Melalui perjanjian-perjanjian ini Pengurusan Air Selangor Sendirian Berhad (Air Selangor) mempunyai obligasi untuk mengambil alih empat syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium ABAS, Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (Syabas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).

 

Oleh Najamuddin Mohd Nor

Leave a Reply

Your email address will not be published.