GST: TIDAK BOLEH DIKENAKAN SEWENANGNYA

 

Hanya Kabinet yang boleh membuat keputusan muktamad sama ada sesuatu barangan boleh dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ataupun tidak.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, setiap perkara yang membabitkan GST akan dibawa kepada Parlimen sebelum diputuskan.

Malah katanya, setiap perkara yang ingin dikenakan GST perlu dibawa ke pengetahuan Kementerian Kewangan terlebih dulu.

“Tiada perbincangan di antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebelum mereka memutuskan untuk mengenakan GST kepada 60 makanan tersebut.

“Jadi selepas ini saya arahkan Kastam bawa (senarai barangan yang hendak dikenakan GST) kepada Kementerian Kewangan untuk diteliti dan kami akan bawa kepada Kabinet pula untuk diputuskan sama ada ianya diluluskan atau tidak.

“Ia tak boleh main naik-naik macam itu sahaja,” katanya ketika mengulas mengenai tindakan Kastam Diraja Malaysia yang mengenakan GST enam peratus kepada 60 barangan berkuatkuasa 1 Julai ini di Putrajaya, pada Isnin.

Cadangan tersebut bagaimanapun telah dibatalkan selepas pihak Kastam berunding dengan Kementerian Kewangan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.