GUAN ENG SAHUT CABARAN DEBAT KA SIONG, TAPI BERSYARAT

 

Dalam berani ada penakutnya.

Itulah yang dapat digambarkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang bersetuju menyahut cabaran berdebat dengan  Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkaitan  skandal pembinaan terowong dasar laut di negeri tersebut.

Namun Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP meletakkan syarat hanya akan berdebat setelah Ka Siong mendedahkan pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang yang menerima RM10 juta seperti yang didakwanya sebelum ini.

Guan Eng juga mendakwa Ka Siong melakukan pembohongan dengan mengatakan projek dasar laut di Pulau Pinang dicemari dengan gejala rasuah.

“Saya bersedia untuk undur ke belakang bagi memberi laluan kepada Ka Siong lakukan lebih banyak lagi sesi mempromosikan dirinya dengan bersetuju berdebat dengan dia.

“Tetapi (dengan syarat) jika Wee dapat menamakan siapakah pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang yang menerima wang rasuah sebanyak RM10 juta,” katanya di sidang media di Bangunan Parlimen, pada Selasa.

 

Oleh : NAJAMUDDIN MOHD NOR

Leave a Reply

Your email address will not be published.