GUNA ILMU DAN FAKTA PERKASAKAN PARTI – PEMUDA UMNO

 

Walaupun berada di kedudukan sebagai pembangkang, Pergerakan Pemuda UMNO akan menggunakan pendekatan bertunjangkan ilmu dan fakta untuk memperkasakan parti itu.

Dalam pada itu, Pemuda UMNO kini giat menjelajah ke setiap negeri bagi memperkasakan pergerakan itu di peringkat akar umbi.

“Pemuda UMNO dalam usaha mengukuhkan lagi dalaman parti terutama dengan penubuhan 12 sekretariat bagi menggantikan 25 biro yang ditubuhkan sebelum ini.

“Kita giat menjelajah ke setiap negeri bagi memberi penerangan kepada akar umbi. Kita sudah pergi ke Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah. Selepas ini ke Selangor, Terengganu dan Perak,” katanya.

 

  • Wartawan/Videographer: Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.