HALAU KIT SIANG : KERJA SAMSENG UMNO, BN – MUHYIDDIN

 

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan penduduk kampung yang menghalau Lim Kit Siang sebagai ‘samseng’ UMNO, Barisan Nasional (BN).

Sambil menyifatkan tindakan penduduk kampung terhadap veteran DAP itu sebagai perbuatan biadap dan tidak beretika.

“Itu perkara adat, adat resam, hormatlah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ramah mesra di Pasar Dato Keramat, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Beliau berkata program itu adalah perkara biasa dilakukan sempena menyambut Tahun Baharu Cina.

Pada Sabtu, lebih 50 penduduk Kampung Bakar Batu di Johor Bahru menghalau Kit Siang yang pertama kali mengunjungi kawasan itu, untuk menghadiri program “Sembang Santai Warung”.

“Kita agihkan bentuk bantuan seperti limau manis dan sebagainya. Itu perkara simbolik. Sepatutnya tak ada tindakan sebegitu. Kalau BN nak buat, buatlah.

“Ini negara bebas, ini negara Malaysia dan setiap kaum ada hak mereka melakukan perkara yang sepatutnya,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.