HARGA BAHAN BAKAR TURUN

 

Harga runcit petrol bagi tempoh 7 Disember hingga 13 Disember turun satu sen, manakala diesel pula turun 4 sen seliter.

Harga runcit RON95 ialah RM2.29 seliter dan RON97 ialah RM2.57 seliter, manakala diesel turun kepada RM2.21 seliter.

Harga baharu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Facebook rasminya, pada Rabu.

Mekanisme harga minyak secara mingguan berkuat kuasa 29 Mac tahun ini.

Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.