HARGA MINYAK BERI KESAN PADA BN – PAS

 

Kenaikan harga bahan api boleh memberi kesan kepada keputusan undi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS berkata, Barisan Nasional (BN) mungkin boleh menghalang kenaikan harga minyak atau mengumumkan subsidi menjelang PRU nanti tetapi ia tidak bermakna rakyat akan mengundi mereka semula.

“Jikalau harga minyak tempatan semakin meningkat sehingga ke PRU14 kerana harga pasaran dunia serta kelemahan nilai Ringgit, segala ‘feel-good’ yang akan dijana melalui Bajet 2018 akan hilang.

“Sekiranya harga minyak naik mencecah RM2.50, para peniaga akan mengambil keputusan untuk menaikkan harga barangan kerana naiknya kos pengangkutan.

“Ini bakal sekali lagi melonjakkan inflasi dan juga kos sara hidup rakyat, yang sudah tentunya akan menjadi isu penting pada PRU14,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Tuan Ibrahim berkata, BN juga mungkin terpaksa menunda PRU14 jika harga minyak naik mendadak ekoran kemarahan rakyat terhadap kerajaan susah dibendung.

Katanya, harga minyak ketika ini semakin menghampiri RM2.70 seliter seperti di zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang membuka laluan kepada kehilangan dua pertiga majoriti BN di Parlimen.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut membayangkan bagaimana nasib BN ketika itu, sekiranya harga RON95 mencecah RM2.70 seliter ekoran kenaikan harga pasaran pada saat-saat akhir menjelang minggu pengundian.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.