HARGA PETROL KEKAL

 

Harga runcit mingguan petrol RON95 dan RON97 kekal yang berkuatkuasa selepas tengah malam.

Menerusi Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Petrol RON95 dan RON97 masing-masing berharga RM2.30 dan RM2.58 seliter.

Bagaimanapun diesel meningkat rM 0.02 sen kepada RM2.25, iaitu kembali pada harga dua minggu lalu.

Harga terbaharu itu bermula 30 November hingga 6 Disember depan.

Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan MOPS (Mean of Platts Singapore) serta kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.