HARGA PETROL TURUN TIGA SEN

 

Harga siling terbaharu produk minyak RON 95 turun tiga sen kepada RM2.16 seliter berbanding RM2.19 seliter pada minggu sebelumnya.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula juga ditetapkan turun tiga sen kepada RM2.46 seliter, daripada hanya sebanyak RM2.49 seliter pada minggu terdahulu.

Dalam pada itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari sama diumumkan menurun sebanyak tujuh sen kepada RM2.10 seliter, berbanding hanya RM2.17 seliter ketika tempoh minggu sebelumnya.

Harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 12 Oktober sehingga 11.59 malam pada 18 Oktober.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.