HINA PM : PENIAGA FOREX DIHUKUM PENJARA

 

Seorang pedagang tukaran mata wang asing (FOREX) dipenjara sehari serta denda RM4,000 selepas mengaku bersalah pada Isnin selepas membuat kenyataan di media sosial yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tertuduh, Mohd Nasaruddin Saron, 41, didakwa membuat kenyataan itu di Samsung Galaxy Tab miliknya pada 26 Oktober tahun lalu.

Ianya didakwa diketahui umum sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Melalui kenyataan itu, Mohd Nasaruddin dikatakan merungut mengenai kenaikan harga barang serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Hakim Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, Zaman Mohd Noor memerintahkan tertuduh dipenjara sehari dan denda RM4,000.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.