HUKUMAN FMLLP, JUAL GHADDAR PUNCA KEJATUHAN TRW

 

Zahasmi Ismail menyifatkan musim 2017 sebagai sangat perit padanya dalam mengemudi pasukan The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Super.

Sambil mendakwa hukuman pemotongan tiga mata oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) ke atas pasukan itu menjadi titik awal kepada kejatuhan Kelantan.

Beliau berkata, keadaan diburukkan lagi dengan penghijrahan penjaring utama mereka, Mohamed Ghaddar ke Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika jendela perpindahan dibuka pada pertengahan musim.

“Sejak awal hingga hujung musim, masalah datang silih berganti serta bertimpa-timpa yang bukan saja memberi tekanan kepada saya malah pemain.

“Antaranya adalah tunggakan gaji yang sedikit sebanyak menjatuhkan moral pemain. Saya dapat lihat ada pemain seolah-olah hilang semangat untuk bermain kerana masalah ini.

“Begitupun sebagai jurulatih, saya berusaha sebaik mungkin menjadikan Kelantan tetap kompetitif bersaing sehingga pada satu ketika pernah menduduki tangga keempat liga,” ujar Zahasmi.

“Nampak sedikit, hanya tiga mata namun kesannya sangat mendalam kepada kami kerana menyentap semangat pasukan

“Sebagai jurulatih, saya beranggapan KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) membuat kesilapan besar dengan menjual Ghaddar pada ketika pemain itu serta pasukan sedang berada pada prestasi terbaik,” katanya di Kota Bharu, pada Jumaat.

Bagaimanapun Zahasmi yang juga bekas pemain Kelantan mengakui lega apabila ikatan bersama pasukan itu terlerai selepas melalui pelbagai cabaran sepanjang memimpin TRW musim ini.

Katanya, beliau memerlukan tempoh bertenang sebelum memutuskan hala tuju seterusnya selepas kontraknya sebagai jurulatih Kelantan berakhir secara rasmi hari ini.

Zahasmi berkata, beliau berasa lega apabila ikatan bersama pasukan itu terlerai selepas melalui pelbagai cabaran sepanjang memimpin The Red Warriors musim ini.

“Saya berasa ringan kepala selepas tugas sebagai jurulatih Kelantan tamat hari ini. Ini kerana sepanjang semusim mengendalikan pasukan itu, saya benar-benar berserabut dengan pelbagai masalah yang melanda.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.