IBU KEPADA MAT NADZARI MENINGGAL DUNIA

 

Ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan, Hadiah Shafie, 90, meninggal dunia di kediamannya di Batu 30, Hulu Yam Lama, pada jam 1.15 pagi tadi, kerana sakit tua.

Mat Nadzari yang juga Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor berkata, ibunya disembahyangkan pagi ini di rumahnya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Yam Lama.

Antara yang hadir menziarahi ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad.

Difahamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan turut hadir menziarahi sebentar lagi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.