IBU MUDA BERDEPAN DETIK CEMAS

 

Meskipun jarak antara Kampung Banggol Tembakang ke pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh, Kota Bharu hanya 100 meter, namun sepanjang perjalanan tersebut ibarat mimpi ngeri bagi seorang ibu muda.

Wanita tersebut, Nik Ain Fatiha Nik Ismail,19, ketika itu hanya mampu berserah kepada Allah selepas perahu kecil yang dinaiki bersama bayi sulungnya berusia empat bulan ketika dalam perjalanan ke pusat pemindahan tersebut pada Isnin hampir terbalik dipukul arus deras banjir.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Nik Ain bersama 10 mangsa yang lain terpaksa berpindah ke pusat pemindahan apabila dalam tempoh cukup singkat kediaman mereka dinaiki air sehingga paras dada.

Nik Ain berkata, air naik dengan begitu pantas menyebabkan mereka tiada pilihan harus segera berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

“Ketika itu, saya sangat cemas. Apa yang ada di fikiran ketika itu adalah menyelamatkan bayi saya. Pada masa itu, saya memegang erat anak saya agar tidak jatuh ke dalam air.

“Keadaan perahu yang dinaiki itu begitu uzur dan beberapa kali kami hampir terjatuh akibat dipukul arus deras banjir.

“Kami terpaksa mencari inisiatif sendiri kerana pada masa itu, pasukan keselamatan masih belum tiba bagi menyalurkan bantuan,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan SK Ketereh pada Selasa.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.