IDRIS JUSI ‘WAKIL RAKYAT BERMUSIM’

 

“Kami mahukan wakil rakyat yang bekerja dan sentiasa bersama kami dan bukannya wakil rakyat atau parti yang kerja secara bermusim.

“Selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), wakil rakyat di sini sering ‘hilang’, bila dah dekat hendak pilihan raya dia ‘menjelma’,” luah Ramlah Adam, seorang peniaga di Sungai Suloh mengenai Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Idris Jusi.

Katanya, bukan saja wakil rakyat tidak buat kerja, malah pembangkang juga tidak turun padang ataupun mengadakan program untuk kebaikan rakyat di kawasan itu.

“Mereka (PKR) bukan mahu berkhidmat untuk kami (rakyat), sebaliknya sekadar mahu undi dan kerusi saja,” jelas beliau sewaktu tinjauan Watan-Online.

Bagi Sabran Dimon, dia tidak akan sesekali mengundi calon pembangkang dalam PRU14 selepas melihat kegagalan wakil rakyat dan parti itu berkhidmat di Batu Pahat.

Katanya, pengundi di Batu Pahat akan menghukum pembangkang pada pilihan raya kali ini.

Sementara itu, bagi Juhairi Saperin dia melihat Barisan Nasional (BN) lebih banyak berkhidmat untuk rakyat di Batu Pahat berbanding wakil rakyat PKR yang bertandang secara bermusim.

“…Yang saya nampak Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang banyak bertanya khabar dan membantu masyarakat Batu Pahat, bukannya Idris Jusi,” katanya.

 

Oleh: HASPAIZI MOHD ZAIN

Leave a Reply

Your email address will not be published.