IMAM ELAK JEMAAH UMRAH DITIPU

 

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin dengan Kaedah Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang sedang dirangka mampu memantau dan mengawal syarikat pelancongan serta pengendali umrah daripada menipu para jemaah.

Menurut Nazri, tiada alasan boleh diberikan pengendali pakej untuk mengabaikan para jemaah kerana IMAMS telah diselaraskan dengan jaminan jemaah telah memiliki visa, tiket penerbangan pergi dan balik serta penempatan di Tanah Suci.

“Masalah kelewatan visa adalah sebab yang sering dimaklumkan oleh pengendali pakej apabila berlaku situasi jemaah terkandas.

Menerusi IMAMS, pemantauan komprehensif mampu dibuat dan bakal jemaah ke Tanah Suci akan dilindungi sepenuhnya daripada menjadi mangsa ketamakan pengendali pakej berkenaan,” katanya sewaktu menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Isnin.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.