IMAM WARGA PALESTIN MAUT DITEMBAK

 

Seorang imam dipercayai warga Palestin ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominium di Setapak ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian mangsa berketurunan Arab berusia 35 tahun yang dipercayai ditembak oleh dua lelaki yang menaiki motosikal.

“Dalam kejadian jam 6 pagi itu, siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal dan melepaskan lebih 10 das tembakan.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan lelaki itu yang disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya lagi.

Kata Mazlan, mangsa yang juga seorang pensyarah di sebuah universiti swasta sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.