IMIGRESEN TUMPASKAN SINDIKET PEMALSUAN DOKUMEN

 

Jabatan Imigresen Malaysia malam tadi berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen yang didalangi oleh warga Bangladesh di Seri Kembangan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam serbuan di sebuah rumah sewa oleh kumpulan sindiket tersebut, pihaknya menahan 14 orang termasuk seorang kanak-kanak berumur 4 tahun dan seorang wanita.

Wanita tersebut adalah isteri kepada ketua sindiket dan ibu kepada kanak-kanak yang ditahan itu.

Turut dirampas dalam serbuan ialah satu set peralatan mencetak dokumen palsu, termasuk dua Unit Pemprosesan Pusat (CPU), papan kekunci, skrin komputer, dua mesin pencetak, satu mesin lamina, wang tunai RM7,000.

Turut dirampas adalah sejumlah kad Industri Binaan Malaysia (CIDB) yang telah dipalsukan, kad visa lawatan sementara dan kad elektronik sementara pekerja asing.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.