INDONESIA RAMPAS KAPAL MEWAH RAKYAT MALAYSIA 

 

Indonesia hari ini merampas kapal layar mewah hartawan milik rakyat Malaysia.

Memetik laporan akhbar negara itu kapal itu ditahan hasil kerjasama  polis Indonesia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS).

Dipercayai kapal mewah itu adalah milik Jho Low,  ditahan di Bali kerana merupakan aset skandal pengubahan wang haram yang disiasat oeh Jabatan Keadilan (DOJ) AS.

Berdasarkan gambar dan video, kelihatan beberapa anggota polis di atas kapal itu.

Turut kelihatan beberapa lelaki berkulit putih yang tidak dapat dipastikan identiti mereka sama ada anak kapal dan penguatkuasa negara lain.

Pemfailan mahkamah oleh DOJ mendakwa kapal bernama The Equanimity itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.