IQRAM DIZLY HINA NABI, PIHAK BERKUASA PERLU BERTINDAK

 

 

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) digesa bertindak terhadap artis kontriversi dewasa ini Iqram Dizly kerana didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Perkara itu dilontarkan pendakwah bebas, Rasyiq Alwi yang menyifatkan tindakan aktor berkenaan agak keterlaluan.

Rasyiq yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berkata, dalam soal ini ia tidak boleh dipandang remeh oleh pihak berkuasa agama.

“Saya syorkan Jabatan Agama Islam Perak dan JAKIM ambil tindakan tegas keatas Iqram Dizly ini kerana menghina Nabi Muhammad shollahu ‘alahi wasallam.

“Jangan biarkan Nabi kita dipermainkan nama Baginda hanya kerana mahu menjaga hati pelakon sampah yg merendahkan nama Nabi Muhammad shollahu ‘alaihi wasallam.

“Ini perkata serius,” tulis beliau dalam catatan Facebooknya, Ahad.

Sebelum itu dalam satu program terbitan TV3, Iqram yang diundang sebagai tetamu menafikan beliau mengalami masalah mental.

Dalam program itu beliau mendakwa tuan gurunya iaitu ‘Che Mad’ iaitu merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, manakala mahagurunya Allah SWT.

 

Oleh Haspaizi Mohd Zain

Leave a Reply

Your email address will not be published.