ISU TEROWONG : SPRM SAH PANGGIL EXCO PULAU PINANG

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan telah memanggil seorang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk dirakam keterangan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, berkata Exco itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

“Setakat ini kita telah memanggil minimum 100 saksi dan mereka masih kekal ditahan kerana siasatan masih berjalan,” katanya pada sidang media selepas Program Gerah dan Pelancaran Kempen Gempur Bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di Menara DBKL 1, di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Hadir sama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Datuk Bandar DBKL, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.